PONTIAN, 4 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sekali lagi mengingatkan calon dan parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai supaya tidak menjalankan aktiviti menjamu makanan dan minuman serta memberi hadiah, sama ada barangan atau wang, yang boleh mempengaruhi pengundi.